Tuesday, March 15, 2011

Surau Lelaki VS Surau Wanita

Perkara ni aku dah perasan lama dah. Tak kisah la kat mana-mana. Kat KL ke, Perak ke, Pahang ke, sama je. Biasanya perkara yang aku cuba usulkan ni berlaku kat surau-surau shopping complex. Tapi.. kadang-kadang tu kat masjid pun berlaku perkara ni. Haha korang dapat teka tak aku nak cakap tentang ape ni?

Pada suatu hari, aku berjalan-jalan kat shopping complex, disebabkan dah masuk waktu, aku mengambil keputusan untuk menunaikan solat fardhu zohor (pehal ayat aku tibe2 skema semacam ni). Then aku pun masuk dalam surau. Ambil wudhuk, solat..... then selepas aku dah siap menunaikan solat, aku duduk-duduk jap dalam surau tu untuk rest jap buat sementara waktu.

Kat dalam surau (surau lelaki) tu, sunyi jee.... kadang-kadang terdengar bunyi orang takbir sebab solat berjemaah. Tapi selepas aku cuba tajamkan telinga aku....

"POT PET POT PET" "KO NAK TAUUUU.. CIK KIAH TUUU... ADE BELA SESUATUUU KAT UMAH DIAAA " "CE CITE CE CITEEE.. KITE BAKOR JEEE"
"HUAAA HUAA HUAA HUAA" BLA BLA BLA


Itulah dia yang aku dengar dari surau wanita. The End. Aku cccaauu dulu!!



Hehe mesti ramai wanita tak puas hati dengan aku pasni.

Thursday, March 10, 2011

Sejuknya berbogel di dalam kereta...Brrr

Smart la paint kereta macam ni. Nanti aku nak buat gak la macam ni terutama kat seat driver. Nanti kalau bawak laju, tak kena speed trap and kalau wat ape2 kesalahan tak kena saman nanti. Polis semua terkelu je tengok susuk tubuh ni. HOWYEAH! WIN!

(source: theChive)

Wednesday, March 9, 2011

Ni aku tak mau bina badan ni

Penat angkat besi itu besi ini. Tengok2 badan jadi bentuk uterus! LOL! ^O^

AKU SUDAH KEMBALI!!!

KINI..
ALEPLOP SUDAH KEMBALII!!!
KINI..
ALEPLOP KEMBALI MENGHANGATKAN BLOG INI!!!
KINI..
KINI..
KINI..

Monday, November 15, 2010

Stop jap.

Guys. Buat masa ni aku stop jap berblogging kat BLOGGER ni. Sebab aku tak tahu nak update ape. So, blog aku ni akan berehat jap buat sementara waktu. Mintak maaf wahai peminat2 aku. Haha

Tetapiiiiiiiiiii................

Aku ade update kat TUMBLR aku! Kat Tumblr aku korang boleh tengok aku reblog gambar2 yang lawak, awesome, cuteness and macam2 lagi la.. Jadiii.. Korang boleh lepas rindu kat aku dengan usha Tumblr aku

http://aleplop.tumblr.com

Saturday, October 30, 2010

+.+

Aku tidak tahu kenapa. Aku macam dah tiada mood untuk bersosial di internet seperti Facebook, Twitter etc. Sori kawan-kawan2 ku.

Hadiah untuk korang dari aku

Wednesday, October 27, 2010

Manyak penaat... shumpaahh.. (suara manja)

Sejak minggu lepas, aku rasa aku tak dapat rehat yang secukupnya. Aku tak tau kenapa. Agaknya terlalu bizi sangat sampai aku takde masa untuk memanja2kan diri aku sendiri kat atas katil. Tidur aku pun tak stabil. Ini membuatkan aku semakin murung. Walaupun wajahku bersinar2, tapi dalam hati ada taman yang diduduki oleh orang2 murung. Apa ntah aku mengarut ni. Duitku yang semakin berkurangan akibat membayar yuran hostel yang boleh dikatakan mahal membuat diriku semakin murung. Peristiwa terpijak tahi kucing juga telah berjaya menambahkan konsentrasi kemurungan yang aku sedang alami. Apakah ini dugaan? Apakah ini cabaran? Ku pasrah ku akur! Alhamdulillah syukur! Tapi kalau aku tau sape tuan kepada taik tersebut, siaplah dia. KAU AKAN DAPAT BALASAN YANG SETIMPAL!!! (macam nak berak merata2 je ni)




Jangan jadi seperti kucing yang lupakan kotak.

Saturday, October 23, 2010

....

Ingatlah wahai manusia. Dunia ini tak kekal. Dunia ini hanya sementara. Muda sebelum tua. Kaya sebelum miskin. Lapang sebelum sempit. Sihat sebelum sakit. Hidup sebelum mati. Kuatkan hatimu bila menghadapi sebarang dugaan. *sigh* Itu sahaja. Tak mahu berbicara panjang. Selamat malam =.="

Thursday, October 21, 2010

Control

Aku tak tau la ape nak jadi dengan diri aku ni. Aku semakin susah nak control diri. Aku semakin liar. Aku semakin mengganas. Aku sudah terlepas dari penjara yang dibina khas untuk control diri aku sendiri. Aku tak tau kenapa. Demmit. Camne aku nak berjaya camni. Aku bertindak mengikut nafsu. Aku bertindak seperti binatang yang buas (tu melampau sangat tu). Ape yang aku boleh buat. Aku memerlukan nasihat. Aku tidak mahu lost. Aku nak kembali ke jalan yang lurus. AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!! TOLONG AKU!

Aku yang dulunya sangat jambu dan comel

Semakin hari semakin comel. Semakin hari semakin jambu. Semakin hari semakin sejuk mata memandang





Kini aku dah tak dapat control diri

Kini aku telah menjadi zombi akibat tidak dapat control diri dan juga berguru dengan Encik Kamarobi



Semakin hari semakin tak dapat control diri. Aku semakin critical. Aku tak tau nak buat camne


Akhirnye terjadi nyah. AUUUW! OUCH!




*tapi serius dow. aku dah jadi makin pemalas ni. tolong aku weh camne aku nak jadi rajin balik ni*

Tuesday, October 12, 2010

Loading Screen Baru DotA

Khas untuk DotA addicter macam aku. Bukan sahaja banyak changelogs kat map ni, malah loadscreen dia juga sudah berubah! Klik lah gambar ini untuk menatap sehingga keluar bijik mata korang
source : Dota-Blog